Thursday 20 October 2016

BELI MADU KELULUT

Mengikut satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Malaya tidak lama dulu, lebih 75% daripada madu yang terdapat di pasaran sekarang adalah bukan madu asli.  Madu-madu tersebut adalah sama ada madu tiruan (yang dihasilkan secara secara sintetik) atau madu yang dicampur dengan bahan lain untuk menambah isipadu madu tersebut.  Umum kita tahu bahawa madu tidak asli ini boleh memudaratkan kepada pengamalnya.

Persoalannya apakah panduan yang harus kita boleh ikut semasa membeli madu dipasaran agar kita tidak tertipu dan membeli madu tiruan atau madu campuran. Disini saya ingin berkongsi sedikit panduan jika anda ingin membeli madu yang terdapat dipasaran pada masa ini.

1. Harga

Berhati-hati jika anda ditawarkan madu dengan harga yang terlampau murah berbanding dengan harga pasaran biasa madu asli (sama ada madu lebah kelulut atau lebah apis).  Sebagai contoh ada penjual madu kelulut yang menjual dengan harga RM30.00 sahaja sebotol (lebih kurang 300 g), walhal pasaran biasa bagi madu kelulut asli ialah RM80.00 - RM100.00.  Walau bagaimana pun tidak semua madu yang dijual pada harga pasaran itu madu asli.

2. Pengesahan syarikat

Semak pada label dibotol dan buat sedikit pencarian maklumat berkenaan syarikat atau kilang yang menjual madu tersebut.  Nilai kapasiti ladang pengeluaran kilang tersebut berbanding dengan produknya yang terdapat dipasaran.  Jika pengeluarannaya adalah berterusan dan melebihi kapasiti ladang pengeluaran, kemungkinan besar hasilan mereka adalah madu campuran atau madu tiruan.  Jika penjual berkenaan menyatakan madu yang dipasarkan diperoleh dari hutan, pastikan sumber pembekalnya.  Satu perkara perlu diingatkan bahawa pengeluaran madu liar adalah bermusim.  Adalah agak sukar untuk dipercayai jika pengeluaran madu berkenaan terdapat sepanjang tahun.

3. Ujikaji ringkas

Banyak penulisan diinternet yang memberi panduan mudah untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.  Kita boleh gunakan panduan asas untuk mendapatkan perbezaanya. Madu yang tidak lulus ujian-ujian tersebut boleh diketepikan.  Tetapi pembeli harus ingat tidak semua madu yang lulus ujian tersebut ialah madu asli.  Penjual madu tiruan / madu campuran yang licik akan mengolah bekalan madu mereka agar lulus ujian mudah ini.

4. Pemerhatian dan rasa

Bila anda membeli madu asli dari sumber yang sah, buat pemerhatian khusus terhadap madu tersebut dari segi sifat fizikal (warna, kepekatan, dll), bau dan citarasa.  Buat perbandingan dengan madu yang ada baru beli adakah ianya mempunyai perbezaan yang nyata.  Bagi pengamal madu asli, sifat-sifat seperti bau dan citarasa adalah agak mudah untuk dibezakan.  Pembekal madu tiruan adalah agak sukar untuk meniru sifat-sifat ini.  Hanya pengamal madu asli sahaja dapat membezakan.

5. Beli daripada sumber yang boleh dipercayai

Dapatkan maklumat berkenaan dengan pembekal / penternak madu asli dikawasan anda.  Beli madu dari mereka setelah status pengeluaran mereka tidak diragui dari ketulenan madu dan juga amalan kebersihan diikuti.  Mereka yang tinggal dikawasan bandar yang susah untuk mencari penternak yang berdekatan, pembelian dari pembekal yang mempunyai rekod yang baik secara dalam talian boleh juga dibuat.  Sehubungan dengan itu, saya tidak syorkan madu dibeli dari penjual yang datang dari rumah ke rumah atau pasar-pasar minggu / pasar tani jika kita tidak pasti sumber bekalan diperoleh.




Kami membekalkan Madu KELULUT Asli. Admin 0197890060

No comments:

Post a Comment